Thursday 7 July 2011

Ketam Gemuk

Suatu hari, seorang sahabat mengajak aku ke sebuah restoren yang terkenal yang aku tidak pernah dengar namanya.  Untuk tidak mengecilkan hatinya, aku pun bersiap pantas dan kami menuju ke restoren terkenal yang dikatakan oleh sahabatku itu. 

"Ni.. aku dreesing sempoi macam ni, ok ke?  nti kau malu pulak.." tanyaku pada dia yang sedang memandu.

"Ok tu... sesuai sangat.  Lepas ni, kau mesti nak datang lagi ke restoren tu, cayalah.." jawabnya pantas
sambil tangan mengawal steering kereta. 

Hujan turun dengan lebatnya pada malam itu.  lebih kurang 40 minit kemudian (lebih kurang) kami sampai ke
kawasan deretan lot kedai yang rata-rata dipunyai oleh bukan melayu. Aku memandang ke luar tingkap dan dalam samar-samar rintik hujan, sahabatku memberitahu kami sudah tiba ke lokasi yang di tuju.

Aku terpaku, terkedu, terkesima.  Di dalam restoren yang telah penuh mejanya dengan pengunjung, dicampur dengan barisan pengunjung setia yang beratur panjang mencecah 3 lot kedai dan dalam dingin hujan yang lebat di luar restoren.  Benarlah seperti kata sahabatku, ini adalah restoren terkenal.

Aku terpaku, terkedu, terkesima.  "NO PORK" .Perkataan yang sempat aku baca yang tertera di tiang restoren.

Akhirnya, aku meminta maaf terlebih dahulu kepada sahabatku dan meminta supaya membawa aku ke tempat lain.  Aku memaklumkan padanya yang aku berasa was-was yang teramat sangat untuk makan di restoren terkenal itu. Walaupun dia seperti terkilan atau mungkin kecil hati kerana penolakanku itu tetapi dituruti juga permintaanku untuk bersantap di up town berdekatan.