Wednesday 18 May 2011

Terkena sudah

     Selesai memandikan anak kecilku, bermulalah perang aku dengan diaper pulak.  Anak yang baru berusia 2 tahun 2 bulan ni tambah liat bila nak kupakaikan diaper.  Kena kejar sana, kena kejar sini jadi untuk hari ini setelah letih mengejar dan memujuk, nak juga dia baring di atas katil.
     Untuk melekakan dia, aku pun mula bercakap2, bercerita.
     Kebetulan aku akan ke kedai menemani anak kedua ku membeli barang untuk membuat buku scrap, katanya.  Buku scrap apa pula dah dekat nak pereksa tengah tahun ni, bisik hatiku tapi aku ikutkan saja, maklum anak nak belajar kan... kenalah modal sikit, bisik lagi hatiku.
     Berbalik pada anak kecilku tadi....
     "Kakak...tunggu mia, mia tengah pakai baju ni..."  saja aku berkata begitu selepas diaper siap kupakaikan dan pantas kusarungkan seluar tidur ke kakinya.
     "Suar...suar..."  kata anak kecilku berkali2.
     Spontan, aku terkedu sendiri.  Hehehehe...
    

Tuesday 17 May 2011

ANAKKU BERKISAH

     Suatu hari ketika sedang makan malam, anakku yang sulung mula bercerita padaku.
     "Mummy nak tau cerita.." katanya sambil menceduk gulai ke dalam pinggannya.
     "Apa dia?"
     "Bf tasya jumpa abg siang tadi.  Dia cakap dia dah clash ngan tasya, pas tu dia suh abg jd bf tasya."
     Aku diam tanpa mahu mencelah ceritanya.  Biar dia bercerita tanpa paksa.
     "Balik sekolah tadi masa lalu depan umah tasya, tasya suh singgah jap. Dia kata abg yang jadi punca dia break ngan bf dia.  Dia suh abg jangan jumpa dia selama sebulan."
    "Abg x bagitau dia ke yang abg anggap dia kawan je, lagipun kan duduk berjiran."
     "Abg dah ckp tapi dia dah x nak jumpa abg lagi..."
     Aku diam.  Dia pun diam juga walaupun tangannya x boleh diam dari menceduk gulai ke dalam pinggan untuk sekian kali.  Anak perempuanku yang berada di dalam darjah 5, sungguh-sungguh mendengar cerita abangnya. 
     "so... apa moral of the story ni, abg?"  Tanyaku memecah sunyi.
     "La...ada m.o.t.s jg ke, Mummy?"  Soalnya semula padaku.
     "Mestilah....  ha..ha.. apa dia?"
     "kakak tau... jangan suka-suka datang umah orang, kan Mummy?"
     "M.O.T.S nya ialah waktu bersekolah ni, carilah kawan ramai-ramai.  Jangan sibuk nak berBF dan berGF.  Cuba abg tengok, kan susah nak berkawan kalau macam ni.  Faham?"
     "Ye lah... abg faham." katanya pelahan,"boleh tambah nasi x, Mummy?" mintanya padaku.
     "Tambahlah bang.."

     Dalam hati aku bersyukur kerana anakku itu walaupun dalam rintik2 sedih tapi masih tetap kuat mengharunginya.  Semoga kisah yang dikisahkan padaku itu memberi ikhtibar padanya dan pada adiknya yang tekun menadah telinga ketika itu.  Ala... setakat kawan, kat mana-mana pun boleh cari kawan cuma nak mencari sahabat yang payah dan itulah cabaran yang sebenar yang perlu dia hadapi terlebih dahulu.
    

    

    

Sunday 15 May 2011

Selamat Hari Guru yg seumurku!

Dari pagi tadi aku terfikir2 nak bagi ucapan pada siapa.  Maklumlah hari ni kan Hari Guru.Walaupun aku bukan bukan seorang guru tapi aku tetap menghargai jasa dan usaha murni mereka.  Ucapan Selamat Hari Guru ini aku dedekasi kepada semua guru2 di Malaysia, sahabat di Bkt Indah, teman di Bt. Pahat, Jhr dan Kak Midah di mersing.