Tuesday 17 May 2011

ANAKKU BERKISAH

     Suatu hari ketika sedang makan malam, anakku yang sulung mula bercerita padaku.
     "Mummy nak tau cerita.." katanya sambil menceduk gulai ke dalam pinggannya.
     "Apa dia?"
     "Bf tasya jumpa abg siang tadi.  Dia cakap dia dah clash ngan tasya, pas tu dia suh abg jd bf tasya."
     Aku diam tanpa mahu mencelah ceritanya.  Biar dia bercerita tanpa paksa.
     "Balik sekolah tadi masa lalu depan umah tasya, tasya suh singgah jap. Dia kata abg yang jadi punca dia break ngan bf dia.  Dia suh abg jangan jumpa dia selama sebulan."
    "Abg x bagitau dia ke yang abg anggap dia kawan je, lagipun kan duduk berjiran."
     "Abg dah ckp tapi dia dah x nak jumpa abg lagi..."
     Aku diam.  Dia pun diam juga walaupun tangannya x boleh diam dari menceduk gulai ke dalam pinggan untuk sekian kali.  Anak perempuanku yang berada di dalam darjah 5, sungguh-sungguh mendengar cerita abangnya. 
     "so... apa moral of the story ni, abg?"  Tanyaku memecah sunyi.
     "La...ada m.o.t.s jg ke, Mummy?"  Soalnya semula padaku.
     "Mestilah....  ha..ha.. apa dia?"
     "kakak tau... jangan suka-suka datang umah orang, kan Mummy?"
     "M.O.T.S nya ialah waktu bersekolah ni, carilah kawan ramai-ramai.  Jangan sibuk nak berBF dan berGF.  Cuba abg tengok, kan susah nak berkawan kalau macam ni.  Faham?"
     "Ye lah... abg faham." katanya pelahan,"boleh tambah nasi x, Mummy?" mintanya padaku.
     "Tambahlah bang.."

     Dalam hati aku bersyukur kerana anakku itu walaupun dalam rintik2 sedih tapi masih tetap kuat mengharunginya.  Semoga kisah yang dikisahkan padaku itu memberi ikhtibar padanya dan pada adiknya yang tekun menadah telinga ketika itu.  Ala... setakat kawan, kat mana-mana pun boleh cari kawan cuma nak mencari sahabat yang payah dan itulah cabaran yang sebenar yang perlu dia hadapi terlebih dahulu.
    

    

    

No comments:

Post a Comment