Wednesday 9 November 2011

cuti-cuti kita

so..dengan izin Allah, kami pun mulakan perjalanan pulang ke tanah selatan dan setelah hampir 3jam lebih dengan berhenti sebentar di satu perhentian sebelah, kami sampai ke kampung halaman.  gembira anak-anak aku sebaik sahaja tiba di rumah emak.  aku pun gembira juga walau terselit jauh di hatiku aku merasa sedikit berbeza dari biasa tetapi kerana anak-anak, aku buat tak tahu saja.

pagi raya aku menzirahi keluaga mertuaku.  ku bawa sama juadah raya dan sebuku kek marble special.  rasa berbeza itu lebih terasa di dalam hati tetapi aku terus buat tak tahu.

masuk hari raya kedua, aku tetap merasakan perbezaannya.

tiba hari keempat, dengan izin Allah juga, aku kembali ke negeri 'semasa' ku ini. syukur kami selamat sampai dengan selamat.

persoalannya, adakah dia juga merasakan perbezaan yang sama seperti yang aku rasa?  atau adakah aku sendiri yang merasakannya?  adakah dia berharap perbezaan kali ini tidak akan terus berlaku atau padanya perbezaan ini seperti tiada apa?  

Friday 4 November 2011

sonata salju

dua minggu sudah drama winter sonata versi animme selesai disiarkan di kaca tv.  aku yang pernah menyaksikan drama penuh beberapa tahun lalu agak tersentak kerana jalan ceritanya berbeza bila sampai di pertengahan hingga ke akhirnya.  tapi junsang punya pasal, aku tetap heret perasaan aku untuk terus menonton lima kali seminggu.  walaupun tak sebanyak dan sederas airmata dahulu tetapi tetap juga terasa sebaknya walaupun sering terganggu tumpuan dengan kerenah anak-anak.  hiss... potong betul...

anakku yang kedua asyik bertanya, "kenapa mummy?" tiap kali dia tak faham dengan jalan cerita kerana ketika drama itu menjadi hits, dia baru berusia dua tahun seusia dengan anak kecilku kini yang `apa ada kesah` pada bait-bait puitis drama itu. anak sulungku pula tak sabar-sabar mahu menukar saluran untuk menonton n.c.i.s,  hiss.. potong betullah...

Thursday 3 November 2011

rasa hati

eh..eh.. dh nak raya lagi dah... rasa hati macam baru semalam aidilfitri pulang, aidiladha pula datang menjengah, bisa riangkah hati bila saling berjauhan, menerima salam takbir tanpa kamu, bisakah hati
mendodoi tawa, bila jarak jadi pemisah, bisakah hati menguntum manis senyum, bila kamu seakan tidak mengendah rasa hatiku.

apapun yang kamu fikirkan, fikirkanlah rasa hatiku juga...

salam aidiladha untuk kamu yang sering dalam fikirku.