Monday 29 April 2013

Status

     Aku terkejut bila suatu hari terbaca status terbaru anak saudaraku yang aku fikir ia agak 'daring'.  Mungkin bagi sesetengah orang ia sesuatu yang tidak apa tetapi bagiku ia sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan dilakukan.  Mungkin bagi sesetengah orang akan merasakan yang aku ni kolot, old beat, itupun nak kecoh dll tapi padaku ianya tidak perlu dilakukan sama sekali.
     Aku pernah menjadi remaja, menjalani dunia remaja dan telah meninggalkan dunia remaja dengan pengalaman2 yang membantu mematangkan hidup alam dewasa.
     Anak saudaraku ini telah mengumumkan 'married to ...' di status fbnya. Aku tidak nafikan anak saudaraku ini budaknya agak menarik dan aku pun tidak akan terkejut jika dia sudah mempunyai 'special gf' walaupun usianya baru 16 tahun dan masih bersekolah tetapi aku memang tidak setuju dengan caranya yang memaklumkan statusnya begitu di fb.
     En. suami pun terkejut sama tapi mengingatkan aku dalam guraunya, 'jangan lebih2, marah nanti mak ayah dia'.  Well.. aku pun ada dua orang anak remaja dan awal2 lagi aku telah menasihati mereka dan menerangkan mengapa tindakan seperti itu bolah membuatkan orang memberi penilaian yang tidak sewajarnya. Semoga Allah melindungi anak2ku dan sentiasa diberi hidayah oleh Allah, amin...
     Sebenarnya, seorang sahabat juga pernah mengalami pengalaman begini dengan anak remajanya. Awalnya dia juga terkejut dengan apa yang telah dilakukan oleh anaknya itu tetapi setelah meminta nasihat dan pandangan dari teman2, dia mengambil langkah 'slow talk'.  Dia memberikan nasihat dan menerangkankan  apakah kesan yang akan ditanggung olehnya kemudian hari.
     Aku faham, remaja suka sesuatu yang 'gempak' once in awhile tetapi bukan begitu caranya.  Pendapatku, tidak wajar seorang remaja yang masih bersekolah, masih dibawah tanggungjawab ibubapa, bertindak begitu.  'Gempak'kanlah pembaca fb anda dengan kejayaan yang dirai dalam pelajaran kerana anda seorang pelajar, memberi info yang membina minda dan sahsiah diri,  dan bermacam2 lagi.. tidak perlulah update status yang begitu rupa.
     Untuk anak saudaraku itu dan kepada anak2ku juga aku berpesan, berfikirlah dahulu sebelum membuat sesuatu. Berfikirlah biar untuk 1000 kali.

Monday 15 April 2013

Belasah

     Hari tu kita dikejutkan dengan kisah benar seorang ketua kelas di sebuah sekolah di Seberang Prai yang dibelasah oleh rakan sekelas yang marah kerana perbuatan membawa handphone ke sekolah telah diadukan kepada guru.  Istifar panjang aku...  
     Seorang anak saudara aku juga mendapat nasib yang sama cuma sebabnya yang berlainan.  Remaja sekarang yang hidup dalam dunia moden masih lagi percaya pada benda kurafat.  Dijadikan cerita, anak saudara aku ni pernah diserang histeria.  Berubat dengan seorang pandai ugama dan berkat usaha juga dengan izin Allah, anak saudara aku ni pun beransur sembuh dan pada masa proses penyembuhannya itu, dia memberitahu dapat melihat 'yang bukan2'.  
     Anak saudara aku ni bersekolah asrama jadi sudah tentu apa yang jadi ke atas dirinya menjadi perhatian rakan-rakan dan dalam pada itu ada rakan yang agak 'nakal' mengajak dia menurun kerana menurut mereka, anak saudara aku ni boleh mejadi pengantara lantaran dia boleh melihat 'yang bukan2' itu.  Mereka mahu mendapatkan nombor loteri.
     Pada masa yang sama, anak saudara aku ni sudah tidak berapa berkebolehan untuk melihat 'yang bukan2' kerena dia sudah rajin beramal, tidak tinggal solat lagi seperti dahulu jadi dengan izin Allah, dia memang sudah hampir sembuh dari kebolehannya melihat dan terlihat 'yang bukan2' ini.
     Rakan-rakan yang tidak menghiraukan penerangannya, memaksa dia menurun juga dan oleh kerana takut dipukul, dia berpura-pura menurun dan apabila rakan-rakan tadi mengetahui dia berpura-pura, dibelasahnya anak saudara aku ni.  Bila warden dapat tahu, dia menghantar anak saudara aku ini ke klinik dan dimaklumkan juga kepada ayahnya.  Sudahnya, anak saudara aku dibawa pulang dan warden berkata akan uruskan pekara ini .
     Untuk hari-hari berikutnya, anak saudara aku yang bersekolah asrama pergi pulang setiap hari.  Dia merasa sangat takut untuk kembali ke asrama tetapi setelah dua bulan berlalu dan ayahnya merasakan keadaan sudah terkawal, dia menghantar pulang anak saudaraku ini ke asrama walaupun anak saudaraku merayu tidak mahu kembali ke asrama tetapi kerana sebab2 yang tidak dapat dielakkan, terpaksa juga dia kembali ke asrama.
     Sekali lagi ayahnya dimaklumkan yang anak saudaraku ini telah dibelasah dan kali ini lebih teruk.  Ketika anak saudaraku ini ingin ke bilik air di sebelah asramanya itu, kepalanya diserkup, ditarik ke bilik air. Dia dibelasah dengan teruk dan dicucuh puntung rokok. 
     Kasihankan... hanya kerana dia tidak mahu menuruti pekara kurafat seperti itu, dia menjadi mangsa pada manusia yang berfikiran cetek.  

Wednesday 3 April 2013

Salesmen

     Suatu hari seorang pemuda yang segak memberi salam dan meminta izin untuk menerangkan produk kesihatan yang dibawanya.  Oleh kerana en.suami terlupa menutup pintu pagar rumah dan pemuda segak sudah tercegat di hadapan pintu rumah, terpaksalah aku menjemputnya masuk apatah lagi bila dia berulang kali menyebut,"sepuluh minit je puan, sepuluh minit je.."
     En.suami dengan selamba meninggalkan aku di ruang tamu manakala dia ke bahagian belakang rumah bersama pekerja rencam dari bengkel yang diambil tadi untuk memasang penyidai baru kami. Sebelum itu aku sudah siap menyediakan satu jug minuman kodial yang sejuk kerana cuaca agak panas hari itu.
     Pemuda tadi mula menerangkan satu persatu kit produknya.Habis dibuka satu persatu, habis segala fail dan info bertulis ditunjukkan sebagai bukti.  Aku bersama anak bujangku dan anak kecilku yang sudah mengantuk terus mendengar celoteh pemuda itu. Dalam hati,"bilalah nak abis ni..."
     30 minit berlalu dan pemuda itu terus berceloteh, tiba-tiba dia berkata."boleh minta segelas air paip akak, saya akan tunjukkan akak tahap klorin dlm air paip akak dan mengapa akak perlukan produk saya ni.." katanya semangat.
     En.suami dan pekerja rencam tadi sudah duduk minum minuman yang memang sudah terhidang di meja makan. En. suami memaklumkan padaku untuk menghantar pekerja rencam tadi pulang ke bengkelnya. Minuman sejuk di atas meja begitu mengamit tapi tentu tidak elok minum sendiri di hadapan tamu.
     Setelah menitiskan cecair penguji klorin, memang air jernih bertukar ke warna kuning dan jika mengikut indek yang dibawanya, air paip dalam rumahku ini tinggi tahap klorinnya.
     "Akak dah ada water filter tp tak cukup, untuk lebih sihat akak perlu ada produk ni.." katanya memancing.
     En. suami sudah tidak sabar kerana sepuluh minit yang dijanjikan sudah menjadi 45 minit dan akhirnya dengan sopan en.suami meminta pemuda itu beredar kerana kami tidak dapat membeli produknya.
     Minuman kodial yang sejuk mengamitku lagi dan dalam hati aku berkira2, perlukah aku menyajikan pemuda itu dengan air minuman yang tahap klorinnya tinggi (jika menurut indeknya lah...)bimbang pula menjejaskan kesihatannya dan akhirnya, pemuda itu berlalu pergi.
     Dalam hati, kesian pula rasanya....

Legging Bukan Seluar

     Aku dah lama setuju dengan tajuk di atas. Katalah aku ni kuno ke, old beat ke, tapi memang itu pendapat aku.  Kalau anak-anak kecil yang kenakannya, aku masih boleh terima tapi bukan untuk orang dewasa melainkan dipakai di dalam rumah. 
     Satu hari aku terbaca dalam akhbar, satu pojok yang mengisahkan tentang legging ni.  Penulis berkenaan menceritakan terserempak dengan anak2 gadis yang cantik bertudung fesyen terkini, baju menutup aurat tetapi apabila dilihat di bahagian bawah,yakni berlegging dan  memakai seluar jeans singkat diluarnya, aku pun naik confuse.
     Aku bukan nak mengutuk tapi lebih untuk mengingatkan diri sendiri. Astafirullah.. dan kejadian yang hampir sama aku alami sendiri.
     Satu hari seorang lelaki datang meminta izin untuk memberikan peluang kepada 'anak saudara'nya menerangkan produk yang mereka bawa. Oleh kerana hari sangat panas, aku izinkan juga 'anak saudara' lelaki itu yang kelihatan seperti baru masuk gelanggang pekerjaan menjalankan tugasnya.
     Bila sudah berada di ruang tamu, aku bergegas meminta dia menerangkan tentang produknya tetapi dia menjawab," oo..nak saya terangkan ke sebab nanti ada senior saya yang akan terangkan pada akak," jawabnya sambil tersenyum2.
     "oo..gitu ke."  Kataku padanya.
     Beberapa minit kemudian, seorang wanita yang sebayaku bersama seorang lagi gadis datang memberi salam.  Setelah menjawab salam, aku mempersilakan mereka masuk dan meminta segera menerangkan apa yang perlu mereka terangkan.
     30 minit kemudian, sesi penerangan berakhir.  Lega..
     Ketika mereka meminta izin untuk beredar, aku baru perasan yang wanita senior tadi memakai tudung ala fareeda, blouse merah, berskirt dan berlegging.
     Astafirullah...Aku memohon hidayahMu sentiasa ya Allah.
    

Takdir

  Semalam aku dpt berita yg menyedihkan tetapi penuh keinsafan.  seorang teman yang kukenali telah dipanggil pulang ke rahmahtullah setelah berada dalam keadaan koma selama 2 minggu. Dia yang kukenali seseorang yang baik dan sempoi. Dia pernah menjadi cameramen waktu adik bongsuku naik pelamin tiga tahun lalu.
  Bulan lepas begitu juga. Seorang teman yang pernah kukenali sewaktu era remajaku juga sudah dipanggil pulang. Dia diserang sakit jantung ketika sedang duduk bersama keluarganya di rumah.  Aku dah lama x dengar cerita perihalnya. Kali akhir ketika majlis naik pelamin adik bongsuku juga tiga tahun lalu.. Dia yang kukenali seorang yang baik, bertutur dengan sopan dan pemalu.
   Natijahnya.. ia menjadikan aku lebih bersyukur dan lebih sedar akan kedudukan aku di dunia ini.  Siapa aku, apa yang sudah aku berikan pada mereka, cukupkah bekalanku untuk hari akhir nanti, dan macam2 lagi.  Semoga Allah sentiasa memberikan aku hidayahnya dan semoga aku tidak akan cepat lupa dengan tanggungjawabku di atas muka bumi ini.
   Ya Allah, rahmatilah roh mereka yang telah mendahului ku ini dan letakkanlah mereka bersama orang2 yang Kau kasihi. Amin..