Wednesday 3 April 2013

Salesmen

     Suatu hari seorang pemuda yang segak memberi salam dan meminta izin untuk menerangkan produk kesihatan yang dibawanya.  Oleh kerana en.suami terlupa menutup pintu pagar rumah dan pemuda segak sudah tercegat di hadapan pintu rumah, terpaksalah aku menjemputnya masuk apatah lagi bila dia berulang kali menyebut,"sepuluh minit je puan, sepuluh minit je.."
     En.suami dengan selamba meninggalkan aku di ruang tamu manakala dia ke bahagian belakang rumah bersama pekerja rencam dari bengkel yang diambil tadi untuk memasang penyidai baru kami. Sebelum itu aku sudah siap menyediakan satu jug minuman kodial yang sejuk kerana cuaca agak panas hari itu.
     Pemuda tadi mula menerangkan satu persatu kit produknya.Habis dibuka satu persatu, habis segala fail dan info bertulis ditunjukkan sebagai bukti.  Aku bersama anak bujangku dan anak kecilku yang sudah mengantuk terus mendengar celoteh pemuda itu. Dalam hati,"bilalah nak abis ni..."
     30 minit berlalu dan pemuda itu terus berceloteh, tiba-tiba dia berkata."boleh minta segelas air paip akak, saya akan tunjukkan akak tahap klorin dlm air paip akak dan mengapa akak perlukan produk saya ni.." katanya semangat.
     En.suami dan pekerja rencam tadi sudah duduk minum minuman yang memang sudah terhidang di meja makan. En. suami memaklumkan padaku untuk menghantar pekerja rencam tadi pulang ke bengkelnya. Minuman sejuk di atas meja begitu mengamit tapi tentu tidak elok minum sendiri di hadapan tamu.
     Setelah menitiskan cecair penguji klorin, memang air jernih bertukar ke warna kuning dan jika mengikut indek yang dibawanya, air paip dalam rumahku ini tinggi tahap klorinnya.
     "Akak dah ada water filter tp tak cukup, untuk lebih sihat akak perlu ada produk ni.." katanya memancing.
     En. suami sudah tidak sabar kerana sepuluh minit yang dijanjikan sudah menjadi 45 minit dan akhirnya dengan sopan en.suami meminta pemuda itu beredar kerana kami tidak dapat membeli produknya.
     Minuman kodial yang sejuk mengamitku lagi dan dalam hati aku berkira2, perlukah aku menyajikan pemuda itu dengan air minuman yang tahap klorinnya tinggi (jika menurut indeknya lah...)bimbang pula menjejaskan kesihatannya dan akhirnya, pemuda itu berlalu pergi.
     Dalam hati, kesian pula rasanya....

No comments:

Post a Comment