Monday 15 April 2013

Belasah

     Hari tu kita dikejutkan dengan kisah benar seorang ketua kelas di sebuah sekolah di Seberang Prai yang dibelasah oleh rakan sekelas yang marah kerana perbuatan membawa handphone ke sekolah telah diadukan kepada guru.  Istifar panjang aku...  
     Seorang anak saudara aku juga mendapat nasib yang sama cuma sebabnya yang berlainan.  Remaja sekarang yang hidup dalam dunia moden masih lagi percaya pada benda kurafat.  Dijadikan cerita, anak saudara aku ni pernah diserang histeria.  Berubat dengan seorang pandai ugama dan berkat usaha juga dengan izin Allah, anak saudara aku ni pun beransur sembuh dan pada masa proses penyembuhannya itu, dia memberitahu dapat melihat 'yang bukan2'.  
     Anak saudara aku ni bersekolah asrama jadi sudah tentu apa yang jadi ke atas dirinya menjadi perhatian rakan-rakan dan dalam pada itu ada rakan yang agak 'nakal' mengajak dia menurun kerana menurut mereka, anak saudara aku ni boleh mejadi pengantara lantaran dia boleh melihat 'yang bukan2' itu.  Mereka mahu mendapatkan nombor loteri.
     Pada masa yang sama, anak saudara aku ni sudah tidak berapa berkebolehan untuk melihat 'yang bukan2' kerena dia sudah rajin beramal, tidak tinggal solat lagi seperti dahulu jadi dengan izin Allah, dia memang sudah hampir sembuh dari kebolehannya melihat dan terlihat 'yang bukan2' ini.
     Rakan-rakan yang tidak menghiraukan penerangannya, memaksa dia menurun juga dan oleh kerana takut dipukul, dia berpura-pura menurun dan apabila rakan-rakan tadi mengetahui dia berpura-pura, dibelasahnya anak saudara aku ni.  Bila warden dapat tahu, dia menghantar anak saudara aku ini ke klinik dan dimaklumkan juga kepada ayahnya.  Sudahnya, anak saudara aku dibawa pulang dan warden berkata akan uruskan pekara ini .
     Untuk hari-hari berikutnya, anak saudara aku yang bersekolah asrama pergi pulang setiap hari.  Dia merasa sangat takut untuk kembali ke asrama tetapi setelah dua bulan berlalu dan ayahnya merasakan keadaan sudah terkawal, dia menghantar pulang anak saudaraku ini ke asrama walaupun anak saudaraku merayu tidak mahu kembali ke asrama tetapi kerana sebab2 yang tidak dapat dielakkan, terpaksa juga dia kembali ke asrama.
     Sekali lagi ayahnya dimaklumkan yang anak saudaraku ini telah dibelasah dan kali ini lebih teruk.  Ketika anak saudaraku ini ingin ke bilik air di sebelah asramanya itu, kepalanya diserkup, ditarik ke bilik air. Dia dibelasah dengan teruk dan dicucuh puntung rokok. 
     Kasihankan... hanya kerana dia tidak mahu menuruti pekara kurafat seperti itu, dia menjadi mangsa pada manusia yang berfikiran cetek.  

No comments:

Post a Comment