Monday 29 April 2013

Status

     Aku terkejut bila suatu hari terbaca status terbaru anak saudaraku yang aku fikir ia agak 'daring'.  Mungkin bagi sesetengah orang ia sesuatu yang tidak apa tetapi bagiku ia sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan dilakukan.  Mungkin bagi sesetengah orang akan merasakan yang aku ni kolot, old beat, itupun nak kecoh dll tapi padaku ianya tidak perlu dilakukan sama sekali.
     Aku pernah menjadi remaja, menjalani dunia remaja dan telah meninggalkan dunia remaja dengan pengalaman2 yang membantu mematangkan hidup alam dewasa.
     Anak saudaraku ini telah mengumumkan 'married to ...' di status fbnya. Aku tidak nafikan anak saudaraku ini budaknya agak menarik dan aku pun tidak akan terkejut jika dia sudah mempunyai 'special gf' walaupun usianya baru 16 tahun dan masih bersekolah tetapi aku memang tidak setuju dengan caranya yang memaklumkan statusnya begitu di fb.
     En. suami pun terkejut sama tapi mengingatkan aku dalam guraunya, 'jangan lebih2, marah nanti mak ayah dia'.  Well.. aku pun ada dua orang anak remaja dan awal2 lagi aku telah menasihati mereka dan menerangkan mengapa tindakan seperti itu bolah membuatkan orang memberi penilaian yang tidak sewajarnya. Semoga Allah melindungi anak2ku dan sentiasa diberi hidayah oleh Allah, amin...
     Sebenarnya, seorang sahabat juga pernah mengalami pengalaman begini dengan anak remajanya. Awalnya dia juga terkejut dengan apa yang telah dilakukan oleh anaknya itu tetapi setelah meminta nasihat dan pandangan dari teman2, dia mengambil langkah 'slow talk'.  Dia memberikan nasihat dan menerangkankan  apakah kesan yang akan ditanggung olehnya kemudian hari.
     Aku faham, remaja suka sesuatu yang 'gempak' once in awhile tetapi bukan begitu caranya.  Pendapatku, tidak wajar seorang remaja yang masih bersekolah, masih dibawah tanggungjawab ibubapa, bertindak begitu.  'Gempak'kanlah pembaca fb anda dengan kejayaan yang dirai dalam pelajaran kerana anda seorang pelajar, memberi info yang membina minda dan sahsiah diri,  dan bermacam2 lagi.. tidak perlulah update status yang begitu rupa.
     Untuk anak saudaraku itu dan kepada anak2ku juga aku berpesan, berfikirlah dahulu sebelum membuat sesuatu. Berfikirlah biar untuk 1000 kali.

No comments:

Post a Comment