Friday 26 July 2013

Harapan Ramadhan

     Subhanallah! Bagaikan sakti pada hari-hari yang berlalu tanpa aku sedari, hari ini sudah masuk ke hari 18 Ramadhan.  Aku rasa macam baru beberapa hari mula berpuasa dan kini dan pada hari ini sudah 18 hari melangkau baris-baris Ramadhan.  Sesungguhya benarlah kata bijak pandai, bahawa masa itu tidak menunggu kita dan sebenarnya kita lah insan kerdil yang harus bijak membahagi masa.

     Alhamdulillah!  Allah telah mengizinkan aku untuk ada pada hari ini, 18 Ramadhan.  Aku bermohon dan meminta agar Allah akan terus memberikan padaku kekuatan dan hidayah dalam hati yang takut-takut terbolak balik ini.  Semoga Allah terus melimpahkan rahmatNya kepadaku dan sekelian umat Islam.

     Allahhuakhbar! Kumohon padaMu  ya Allah, agar mengampunkan segala dosa-dosaku dan keluargaku.  Berkatilah Ramadhanku kali ini.  Berkatilah Ramadhan ahli keluargaku kali ini.  Semoga diberi pengampunan olehMu, ya Allah..

     Subahanallah!
   
     Walhamdulillah!

     Walaillahaillah!

     Allahhuakbar!

No comments:

Post a Comment