Wednesday, 9 November 2011

cuti-cuti kita

so..dengan izin Allah, kami pun mulakan perjalanan pulang ke tanah selatan dan setelah hampir 3jam lebih dengan berhenti sebentar di satu perhentian sebelah, kami sampai ke kampung halaman.  gembira anak-anak aku sebaik sahaja tiba di rumah emak.  aku pun gembira juga walau terselit jauh di hatiku aku merasa sedikit berbeza dari biasa tetapi kerana anak-anak, aku buat tak tahu saja.

pagi raya aku menzirahi keluaga mertuaku.  ku bawa sama juadah raya dan sebuku kek marble special.  rasa berbeza itu lebih terasa di dalam hati tetapi aku terus buat tak tahu.

masuk hari raya kedua, aku tetap merasakan perbezaannya.

tiba hari keempat, dengan izin Allah juga, aku kembali ke negeri 'semasa' ku ini. syukur kami selamat sampai dengan selamat.

persoalannya, adakah dia juga merasakan perbezaan yang sama seperti yang aku rasa?  atau adakah aku sendiri yang merasakannya?  adakah dia berharap perbezaan kali ini tidak akan terus berlaku atau padanya perbezaan ini seperti tiada apa?  

Friday, 4 November 2011

sonata salju

dua minggu sudah drama winter sonata versi animme selesai disiarkan di kaca tv.  aku yang pernah menyaksikan drama penuh beberapa tahun lalu agak tersentak kerana jalan ceritanya berbeza bila sampai di pertengahan hingga ke akhirnya.  tapi junsang punya pasal, aku tetap heret perasaan aku untuk terus menonton lima kali seminggu.  walaupun tak sebanyak dan sederas airmata dahulu tetapi tetap juga terasa sebaknya walaupun sering terganggu tumpuan dengan kerenah anak-anak.  hiss... potong betul...

anakku yang kedua asyik bertanya, "kenapa mummy?" tiap kali dia tak faham dengan jalan cerita kerana ketika drama itu menjadi hits, dia baru berusia dua tahun seusia dengan anak kecilku kini yang `apa ada kesah` pada bait-bait puitis drama itu. anak sulungku pula tak sabar-sabar mahu menukar saluran untuk menonton n.c.i.s,  hiss.. potong betullah...

Thursday, 3 November 2011

rasa hati

eh..eh.. dh nak raya lagi dah... rasa hati macam baru semalam aidilfitri pulang, aidiladha pula datang menjengah, bisa riangkah hati bila saling berjauhan, menerima salam takbir tanpa kamu, bisakah hati
mendodoi tawa, bila jarak jadi pemisah, bisakah hati menguntum manis senyum, bila kamu seakan tidak mengendah rasa hatiku.

apapun yang kamu fikirkan, fikirkanlah rasa hatiku juga...

salam aidiladha untuk kamu yang sering dalam fikirku.

Thursday, 6 October 2011

zul huizaimi

masa puasa hari tu, ada satu drama bertajuk '100 hari' siaran rtm, yang kebetulannya aku tertukar saluran jadi ternampak zul, masa tu tengah part dia berhenti depan masjid nak solat asar. aku pun terus terpaku pada saluran tu sampai drama habis.

drama tu memang bermutu dan bagus.  cerita tak berbelit-belit, anak-anak pun suka tonton sama walaupun ada yang mereka tak berapa nak faham.  aku banyak belajar dari drama tu, mana yang aku tak tau, sekarang aku dah tahu. 

kadang terfikir juga, adakah bila waktu aku nanti tiba, aku akan ingat apa yang aku pelajari dari drama tersebut.  terfikir juga, adakah aku akan segugup itu bila tanda sudah diberi...

terima kasihlah kepada zul huizami yang melakunkan watak yang cukup memberi kesan hingga kini.

Wednesday, 5 October 2011

kenangan

hem...puasa dah sudah, raye pun dah tinggal kenangan.. tahun pertama pindah ke negeri ini, masa tu tinggal lagi seminggu nak puasa jadi itu adalah puasa pertama aku dan keluarga di sini.  hem... memanglah rasa semacam je tapi cuba suaikan diri juga.  seronok juga sebab bila hujung minggu ke pusat bandar, punyalah semangat warga islam nak menyambut raya.  aku pun tumpang sekaki.  lagi seminggu nak balik kampung untuk beraya, aku pun mula buat biskut raya, almond london, tat nenas dan 2-3 jenis lagi biskut.  semangat!

seminggu beraya di kampung di selatan semenanjung, aku dan keluarga pun pulang semula ke rumah.  oleh kerana ini adalah raya pertama kami di sini, aku pun macam tahun-tahun sebelumnya, bersiap-siap untuk terima tetamu.  kuih-kuih sudah kububuh di dalam bekas, langsir sudah siap kugantung, sofa sudah kuganti kain kusyennya, segala habuk sudah kubuang dan dalam erti kata lain, aku sudah siap untuk menerima tetamu yang akan datang berkunjung nanti. teruja juga aku dibuatnya.

"kat sini orang datang beraya kalau wat open house je..."  kata makcikku selamba.

Thursday, 7 July 2011

Ketam Gemuk

Suatu hari, seorang sahabat mengajak aku ke sebuah restoren yang terkenal yang aku tidak pernah dengar namanya.  Untuk tidak mengecilkan hatinya, aku pun bersiap pantas dan kami menuju ke restoren terkenal yang dikatakan oleh sahabatku itu. 

"Ni.. aku dreesing sempoi macam ni, ok ke?  nti kau malu pulak.." tanyaku pada dia yang sedang memandu.

"Ok tu... sesuai sangat.  Lepas ni, kau mesti nak datang lagi ke restoren tu, cayalah.." jawabnya pantas
sambil tangan mengawal steering kereta. 

Hujan turun dengan lebatnya pada malam itu.  lebih kurang 40 minit kemudian (lebih kurang) kami sampai ke
kawasan deretan lot kedai yang rata-rata dipunyai oleh bukan melayu. Aku memandang ke luar tingkap dan dalam samar-samar rintik hujan, sahabatku memberitahu kami sudah tiba ke lokasi yang di tuju.

Aku terpaku, terkedu, terkesima.  Di dalam restoren yang telah penuh mejanya dengan pengunjung, dicampur dengan barisan pengunjung setia yang beratur panjang mencecah 3 lot kedai dan dalam dingin hujan yang lebat di luar restoren.  Benarlah seperti kata sahabatku, ini adalah restoren terkenal.

Aku terpaku, terkedu, terkesima.  "NO PORK" .Perkataan yang sempat aku baca yang tertera di tiang restoren.

Akhirnya, aku meminta maaf terlebih dahulu kepada sahabatku dan meminta supaya membawa aku ke tempat lain.  Aku memaklumkan padanya yang aku berasa was-was yang teramat sangat untuk makan di restoren terkenal itu. Walaupun dia seperti terkilan atau mungkin kecil hati kerana penolakanku itu tetapi dituruti juga permintaanku untuk bersantap di up town berdekatan.

Thursday, 23 June 2011

Terkena Lagi...

     Waktu  : Masa makan
     Lokasi  : Meja makan 

     Masa makan selalunya masa yang gamat untuk aku apatah lagi dengan kerenah anak kecilku yang ikut sama menyibukkan diri menyiapkan meja makan.  Apabila lauk semua telah terhidang, nasi sudah disenduk ke dalam pinggan, air minuman telah sedia di tuang di dalam gelas, bila tangan sudah bersih bercuci dan doa makan mula dibaca oleh anak sulungku, kami memulakan adegan makan malam.
    
     Anak kecil ku mula ikut menyudu lauk ke dalam pinggannya dan anak tengahku menyanyi kecil untuk melekakan adiknya yang sibuk dengan nyanyian lagu Sweet Charity.

     "Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, dia diambil o....." Anakku berhenti di situ untuk memberi peluang adik kecilnya menyambung kesudahan lagu itu.

     Dengan yakin dan selamba, anak kecilku menjawab, "pet...."

     Aku tidak dapat menahan tawa.  Anak-anakku yang berdua juga gelak sama.  Manalah anak kecil 2 tahun tahu kesudahan lagu itu, apa yang dia tahu, apa yang biasa didengar dan sebut.  Memanglah anak kecilku tahu dan arif dengan perkataan OPET kerana telah menjadi peminat setia siri upin dan ipin. 

     "Hem... terkena lagi..."